TAMAN TEMA YANG PALING DINANTI-NANTIKAN DI ASIA TENGGARA

Taman Tema Genting SkyWorlds adalah taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Sebagai sebahagian daripada barisan hiburan bersepadu Resorts World Genting, taman tema luar ini dibina di atas tanah seluas 26 ekar dan mempunyai 26 permainan dan tarikan yang sesuai untuk seisi keluarga dan pengunjung dari semua peringkat umur. Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa para pengunjung mengembara ke sembilan ‘alam’ yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan – Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio. Setiap ‘alam’ akan menampilkan pelbagai permainan dan tarikan yang dirancang dan dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif. Kunjungan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membeli-belah, menjamu selera dan menikmati hiburan yang unik dan menyeluruh untuk seisi keluarga.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Tema Genting SkyWorlds, ikuti laman media sosial kami di  Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.