Selamat Datang ke Taman Tema Genting SkyWorlds!
Waktu Operasi Genting SkyWorlds:
Setiap hari: 10 pagi hingga 6 petang
Tutup setiap Hari Selasa kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah Malaysia
Untuk pertanyaan, sila hubungi Talian Hotline Perkhidmatan Pelanggan kami di +6019 201 6286 semasa waktu operasi.
NOTIS UNTUK TETAMU HOTEL
Nikmati Akses Awal Eksklusif ke Taman Tema Genting SkyWorlds
Sebagai keistimewaan khas untuk tetamu Resorts World Genting & Resorts World Awana, anda boleh memulakan pengembaraan lebih awal dengan akses eksklusif ke Taman Tema Genting SkyWorlds mulai 9:30 pagi, sebelum orang ramai dibenarkan masuk.
Manfaatkan kelebihan ini untuk daftar masuk dengan lebih cepat dan lebih banyak masa untuk menjelajah permainan dan tarikan kegemaran anda!
Hanya tunjukkan kad kunci hotel atau pengesahan tempahan bersama tiket masuk taman tema di pintu masuk untuk kemasukan awal.
Kami berharap anda menikmati hari yang penuh keseronokan dan kenangan indah!
| Ticket | Jenis | Harga Tiket di Kaunter (RM) |
|---|---|---|
| Tiket 1-Hari(Percuma tiga (3) VQ Tempahan) | Standard/ Kanak-kanak/ Warga Emas/ Orang Kurang Upaya | RM65 |
Nota: Pembelian boleh dibuat di Kaunter Tiket atau melalui Self-Service Kiosk.
Harga yang tertera adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk Cukai Perkhidmatan dan Cukai Hiburan mengikut kadar semasa yang berkenaan.
Tiket dalam talian mesti dibeli sehari (01) sebelum hari lawatan ke taman tema.