Tempoh tempahan: Sekarang hingga 31.12.2024
Tempoh sah: 16.10.2024 – 31.12.2025
Impikan tahun terbaik yang penuh dengan keseronokan? Pas Tahunan Genting SkyWorlds adalah impian anda yang menjadi kenyataan! Nikmati akses tanpa had ke semua tarikan, dan dapatkan pengalaman baharu di setiap hari yang penuh cabaran. Ia lebih daripada sebuah pas biasa – ia adalah pas sepanjang tahun yang benar-benar menyeronokkan!
Kategori | Kadar (RM) |
---|---|
Standard (110cm dan ke atas) | 280 |
Kanak-kanak (90cm hingga 110cm) Warga Emas (65 tahun dan ke atas) Orang Kurang Upaya (OKU) | |
Bayi (bawah 90cm) | PERCUMA |
Kelayakan:
Untuk sebarang pertanyaan, penukaran maklumat peribadi, atau laporan kehilangan, kecurian atau kerosakan Pas Tahunan Genting SkyWorlds, sila e-mel kepada tpguestservices@rwgenting.com atau kunjungi Khidmat Pelanggan kami
Setelah anda dapatkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds, ikuti langkah mudah berikut untuk mengaktifkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds:
Peringatan:
S: Apakah Pas Tahunan Genting SkyWorlds?
J: Pas Tahunan Genting SkyWorlds membenarkan tetamu menikmati kemasukan tanpa had ke Taman Tema Genting SkyWorlds ketika waktu beroperasi sepanjang tempoh sah Pas Tahunan.
S: Di mana saya boleh dapatkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds?
J: Anda boleh beli Pas Tahunan Genting SkyWorlds secara dalam talian di gentingskyworlds.com atau melalui aplikasi Genting SkyWorlds. Pembelian secara fizikal dari kaunter tiket Genting SkyWorlds atau kios layan diri tersedia dari 16.10.2024 dan seterusnya.
S: Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds?
J: Untuk mengaktifkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds, anda perlu:
1. Muat Turun aplikasi Genting SkyWorlds.
2. Pautkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds anda pada aplikasi sebelum memasuki taman tema.
3. Daftarkan biometrik (cap jari) anda di pintu masuk untuk lawatan-lawatan seterusnya.
S: Apa yang berlaku jika saya terlupa untuk mendaftarkan pas saya semasa lawatan pertama?
J: Jika anda terlupa untuk mendaftarkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds anda semasa lawatan pertama, anda akan dinafikan kemasukan pada lawatan kedua anda. Setiap pemegang pas mesti melengkapkan proses pendaftaran pada lawatan pertama.
S: Bagaimana saya boleh mendaftarkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds saya?
J: Pendaftaran boleh dibuat di Khidmat Pelanggan apabila anda memasuki taman tema buat pertama kali. Ahli Pasukan kami akan membimbing anda melalui proses pendaftaran.
S: Adakah saya memerlukan peranti mudah alih untuk mengaktifkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds saya?
J: Ya, anda mesti memiliki peranti mudah alih untuk mengaktifkan dan memautkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds anda dalam aplikasi Genting SkyWorlds.
S: Bagaimanakah jika ahli keluarga saya tidak mempunyai peranti mudah alih?
J: Jika ahli keluarga tidak memiliki peranti mudah alih, ahli keluarga lain boleh membantu mereka dengan memautkan tiket pada telefon mereka. Mereka kemudian boleh membantu dengan kemasukan ke taman tema bagi pihak mereka.
S: Apa yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah dengan Pas Tahunan Genting SkyWorlds saya?
J: Jika anda mengalami sebarang masalah dengan Pas Tahunan Genting SkyWorlds anda, sila dapatkan bantuan daripada Ahli Pasukan kami dengan tanda nama Taman Tema Genting SkyWorlds.
S: Bolehkah saya membatalkan Pas Tahunan Genting SkyWorlds saya selepas pengaktifan?
J: Setelah diaktifkan, Pas Tahunan Genting SkyWorlds tidak boleh dibatalkan. Sila pastikan keputusan anda sebelum memautkan dan mendaftarkan pas anda.
S: Bolehkah saya berkongsi Pas Tahunan Genting SkyWorlds saya dengan orang lain?
J: Pas Tahunan Genting SkyWorlds tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh diaktifkan dan digunakan oleh individu yang telah memautkannya melalui aplikasi mudah alih dan yang telah mendaftar dengan biometrik di pintu masuk semasa ketibaan.
S: Adakah terdapat tarikh luput untuk Pas Tahunan Genting SkyWorlds?
J: Ya, mana-mana Pas Tahunan Genting SkyWorlds yang dibeli antara 23.08.2024 hingga 31.12.2024 adalah sah sehingga 31.12.2025.
S: Adakah terdapat sebarang tarikh sekatan (blackout) untuk Pas Tahunan Genting SkyWorlds?
J: Pas Tahunan Genting SkyWorlds membenarkan kemasukan pada semua hari operasi. Sila semak aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds atau di gentingskyworlds.com untuk hari operasi taman tema dan sebarang penutupan acara khas.
S: Adakah kanak-kanak memerlukan Pas Tahunan Genting SkyWorlds yang berasingan?
J: Ya, kanak-kanak dengan ketinggian 90cm dan ke atas memerlukan Pas Tahunan Genting SkyWorlds mereka sendiri yang berasingan untuk masuk ke taman tema.
S: Bolehkah Pas Tahunan Genting SkyWorlds dikembalikan?
J: Pas Tahunan Genting SkyWorlds pada amnya tidak boleh dikembalikan. Sila semak terma dan syarat di sini untuk butiran khusus.
S: Adakah terdapat had kemasukan ke taman tema dalam satu hari?
J: Tiada had bagi kemasukan ke taman tema pada hari yang sama sebaik sahaja Pas Tahunan Genting SkyWorlds anda diaktifkan dan didaftarkan di Khidmat Pelanggan.