Tempoh tempahan: Sekarang – 30.06.2026
Tempoh sah: 365 hari dari tarikh pengaktifan
| Kategori | Warganegara Malaysia Kadar (RM) | Bukan Warganegara Malaysia Kadar (RM) |
|---|---|---|
| Standard (110cm dan ke atas) Kanak-kanak (90cm hingga 110cm) Warga Emas (65 tahun dan ke atas) Orang Kurang Upaya (OKU) | 308 | 388 |
| Bayi (bawah 90cm) | PERCUMA | PERCUMA |
*Harga yang tertera adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk Cukai Perkhidmatan dan Cukai Hiburan mengikut kadar semasa yang berkenaan.
Sorotan menarik Pas Tanpa Had:
Bermula hari ini, Pas Tanpa Had bakal menemani anda dalam segala keseronokan di taman tema!
10% discount on F&B and Retail
Genting SkyWorlds Theme Park F&B
Participating F&B outlets:
Genting SkyWorlds Theme Park Retail
20% discount on selected on-site ticket purchases
Terima kasih kerana bersama kami sepanjang tahun yang luar biasa ini! Sebagai penghargaan kepada pemegang Pas Tanpa Had sedia ada, perbaharui Pas Tanpa Had anda pada kadar yang lebih rendah.
Tempoh Tempahan: Sekarang – 31.01.2026
Tempoh Sah: 365 hari dari tarikh pengaktifan
| Kategori | Warganegara Malaysia Kadar (RM) | Bukan Warganegara Malaysia Kadar (RM) |
|---|---|---|
| Standard (110cm dan ke atas) Kanak-kanak (90cm hingga 110cm) Warga Emas (65 tahun dan ke atas) Orang Kurang Upaya (OKU) | 215 | 271 |
| Bayi (bawah 90cm) | PERCUMA | PERCUMA |
*Kadar istimewa ini hanya ditawarkan untuk pembaharuan Pas Tanpa Had bagi pemegang pas sedia ada yang akan tamat tempoh pada 31.12.2025. Butiran Pas Tanpa Had sedia ada mesti disertakan semasa pembelian. Tawaran ini tidak sah untuk pemegang Pas Tanpa Had baharu atau pengguna lain.
*Harga yang tertera adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk Cukai Perkhidmatan dan Cukai Hiburan mengikut kadar semasa yang berkenaan.
Apa yang istimewa tahun ini? Nikmati diskaun untuk cenderahati, F&B, dan tiket Taman Tema, lebih banyak faedah pada harga yang berbaloi!
Mari cipta lebih banyak detik hebat bersama-sama!
10% discount on F&B and Retail
Genting SkyWorlds Theme Park F&B
Participating F&B outlets:
Genting SkyWorlds Theme Park Retail
20% discount on selected on-site ticket purchases
Setelah anda dapatkan Pas Tanpa Had, ikuti langkah mudah berikut untuk mengaktifkan:
Nota Penting: Untuk kemudahan anda, Pas Tanpa Had anda akan diaktifkan secara automatik pada hari ke-8 selepas pembelian. Anda juga boleh mengaktifkannya lebih awal mengikut kehendak anda.
Peringatan:
Sebelum meninggalkan taman tema pada lawatan pertama, sila lengkapkan pendaftaran profil di Khidmat Pelanggan kami.
S: Apakah itu Pas Tanpa Had Taman Tema Genting SkyWorlds?
J: Pas Tanpa Had membenarkan tetamu menikmati kemasukan tanpa had ke Taman Tema Genting SkyWorlds ketika waktu beroperasi sepanjang tempoh sah Pas Tanpa Had.
S: Di mana saya boleh dapatkan Pas Tanpa Had?
J: Anda boleh beli Pas Tanpa Had secara dalam talian di gentingskyworlds.com atau melalui aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds. Pembelian secara fizikal dari kaunter tiket Taman Tema Genting SkyWorlds atau kios layan diri tersedia.
S: Berapa lamakah tempoh sah Pas Tanpa Had?
J: Pas Tanpa Had adalah sah selama 12 bulan bermula dari tarikh pengaktifan, bukan pembelian.
S: Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Pas Tanpa Had?
J: Untuk mengaktifkan Pas Tanpa Had, anda perlu:
Muat Turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds.
Pautkan Pas Tanpa Had anda pada aplikasi sebelum memasuki taman tema.
Daftarkan biometrik (cap jari) anda di pintu masuk untuk lawatan-lawatan seterusnya.
S: Bilakah Pas Tanpa Had diaktifkan bagi pembelian dalam talian?
J: Pembelian dalam talian akan diaktifkan secara automatik selepas lapan (08) hari pembelian dibuat, jika anda tidak mengaktifkannya secara manual.
S: Boleh saya lanjutkan tempoh pengaktifan Pas Tanpa Had?
J: Anda boleh lanjutkan pengaktifan sehingga tujuh (07) hari dari tarikh pembelian. Selepas tempoh tersebut, pas akan diaktifkan secara automatik.
S: Apa yang terjadi jika saya tidak melawati taman tema dalam tempoh tujuh (07) hari selepas pembelian?
J: Pas Tanpa Had akan diaktifkan secara automatik pada hari ke-8. Anda masih boleh melawati taman tema pada bila-bila masa dalam tempoh 365 hari dari tempoh pengesahan.
S: Apa yang berlaku jika saya terlupa untuk mendaftarkan pas saya semasa lawatan pertama?
J: Jika anda terlupa untuk mendaftarkan Pas Tanpa Had anda semasa lawatan pertama, anda akan dinafikan kemasukan pada lawatan kedua anda. Setiap pemegang pas mesti melengkapkan proses pendaftaran pada lawatan pertama.
S: Bagaimana saya boleh mendaftarkan Pas Tanpa Had saya?
J: Pendaftaran boleh dibuat di Khidmat Pelanggan apabila anda memasuki taman tema buat pertama kali. Ahli Pasukan kami akan membimbing anda melalui proses pendaftaran.
S: Adakah saya memerlukan peranti mudah alih untuk mengaktifkan Pas Tanpa Had saya?
J: Ya, anda mesti memiliki peranti mudah alih untuk mengaktifkan dan memautkan Pas Tanpa Had anda dalam aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds.
S: Bagaimanakah jika ahli keluarga saya tidak mempunyai peranti mudah alih?
J: Jika ahli keluarga tidak memiliki peranti mudah alih, ahli keluarga lain boleh membantu mereka dengan memautkan tiket pada telefon mereka. Mereka kemudian boleh membantu dengan kemasukan ke taman tema bagi pihak mereka.
S: Apa yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah dengan Pas Tanpa Had saya?
J: Jika anda mengalami sebarang masalah dengan Pas Tanpa Had anda, sila dapatkan bantuan daripada Ahli Pasukan kami dengan tanda nama Taman Tema Genting SkyWorlds.
S: Bolehkah saya membatalkan Pas Tanpa Had saya selepas pengaktifan?
J: Setelah diaktifkan, Pas Tanpa Had tidak boleh dibatalkan.
S: Bolehkah saya berkongsi Pas Tanpa Had saya dengan orang lain?
J: Pas Tanpa Had tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh diaktifkan dan digunakan oleh individu yang telah memautkannya melalui aplikasi mudah alih dan yang telah mendaftar dengan biometrik di pintu masuk semasa ketibaan.
S: Adakah terdapat tarikh luput untuk Pas Tanpa Had?
J: Pas Tanpa Had adalah sah selama 365 hari (12 bulan) dari tarikh pengaktifan. Untuk pembelian dalam talian, pas akan diaktifkan secara automatik tujuh (07) hari selepas pembelian dibuat jika tidak diaktifkan secara manual.
S: Adakah terdapat sebarang tarikh sekatan (blackout) untuk Pas Tanpa Had?
J: Pas Tanpa Had membenarkan kemasukan pada semua hari operasi. Sila semak aplikasi mudah alih Taman Tema Genting SkyWorlds atau di gentingskyworlds.com untuk hari operasi taman tema dan sebarang penutupan acara khas.
S: Adakah kanak-kanak memerlukan Pas Tanpa Had yang berasingan?
J: Ya, kanak-kanak dengan ketinggian 90cm dan ke atas memerlukan Pas Tanpa Had mereka sendiri yang berasingan untuk masuk ke taman tema.
S: Bolehkah Pas Tanpa Had dikembalikan?
J: Pas Tanpa Had tidak boleh dikembalikan. Sila semak terma dan syarat di sini untuk butiran khusus.
S: Adakah terdapat had kemasukan ke taman tema dalam satu hari?
J: Tiada had bagi kemasukan ke taman tema pada hari yang sama sebaik sahaja Pas Tanpa Had anda diaktifkan dan didaftarkan di Khidmat Pelanggan.